TERMA & SYARAT TAJAAN PAKEJ

TERMA DAN SYARAT seperti berikut:

1. Peserta hendaklah memenuhi kesemua 5 langkah untuk melayakkan diri untuk menjadi pemenang. Bukti mungkin akan diminta bagi pengesahan.

2. Pembelian adalah tertakluk pada stok yang tinggal.

3. Polisi pemulangan semula tidak dibenarkan untuk peraduan ini. Pemulangan semula hanya dibenarkan untuk pembelian normal.

4. Pihak Penaja akan menghubungi pemenang dan pemenang hendaklah memilih hanya salah satu tajaan dari pakej fotografi atau videografi di atas. Tajaan ini tidak boleh digantikan dengan apa-apa jua hadiah lain. Penambahan bagi pakej yang dipilih dibenarkan dengan tambahan caj.

5. Pemenang yang ditentukan oleh Alfalina Shawls adalah muktamad. Alfalina Shawls tidak akan melayan mana-mana rayuan dikemukakan selepas nama pemenang diumumkan.

6. Ayat-ayat yang digunakan dalam post anda hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja dengan menggunakan perkataan yang betul dari segi makna tanpa kesilapan ejaan. Pihak Penaja berhak menolak ayat-ayat yang tidak bersesuaian mengikut budi bicara.

7. Gambar yang diambil hendaklah berkelakuan sopan dan menyenangkan. Gambar yang diambil hendaklah natural dengan editing yang minimal. Pihak Penaja berhak menolak gambar yang tidak bersesuaian mengikut budi bicara.

8. Alfalina Shawls berhak menggunakan nama dan gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, tanpa sebarang notis terdahulu kepada pemenang dan pemenang tidak layak untuk menuntut pemilikan atau apa-apa bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.

9. Tajaan ini hendaklah dituntut sendiri oleh pemenang. Mana-mana individu selain dari pemenang tidak dibenarkan menuntut.

10. Alfalina Shawls berhak membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang disyaki telak menyalahi atau melanggar sebarang syarat-syarat, dan berhak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya terhadap mana-mana individu dipercayai telah menjalankan aktiviti penipuan atau sebarang aktiviti lain yang menjejaskan peraduan ini.

11. Sebarang percubaan untuk merosakkan dan memburukkan nama atau produk Alfalina Shawls dengan sengaja atau menjejaskan operasi sah peraduan ini adalah satu pelanggaran undang-undang jenayah dan sivil, Alfalina Shawls berhak untuk mendapat ganti rugi daripada mereka yang membuat cubaan tersebut setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang.

12. Alfalina Shawls berhak untuk mengubah terma dan syarat peraduan ini pada bila-bila masa atas budi bicara dan mutlak tanpa sebarang notis.

13. Dengan penyertaan peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan Terma dan Syarat Peraduan ini.

PERHATIAN. Sebarang informasi yang dihantar oleh Alfalina Shawls kepada para pemenang tidak akan mengandungi sebarang permintaan butiran kewangan, kad kredit, atau akaun bank. Jangan sesekali mendedahkan butiran peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa pengesahan dari kami.

Advertisements